Followers @ Maka.N

Friday, August 28, 2009

Juadah berbuka baru-baru ini

Ini adalah beberapa lauk pauk yang mE layan masa berbuka 2,3 hari lalu... Layan jer lar... Makan sorang pun... Malas nak buat beria-ia... Kalau ada suami and anak-anak syiok jugak... hehehe... Hari ni hari jumaat... Petang kang lik Manjoi... Bestnyer... Leh berbuke ngan mak abah and family... X boring sangat...
[Gambar atas ni mE masak Ikan Kembung 3 Rasa... Tiru style Restoran Sabilah punyer.. hehehe..]
.
Yang ketul2 kat bawah ni adalah Tauhu Meat Ball... Sebenarnya nak wat Tauhu Kukus versi Mat Gebu, tapi petang tu ujan... Xpat pergi pasar malam beli Tauhu jepun... Jadi bantai jer tauhu yang ada. Ala-ala vegetarian food.. hehehe...
.
.
.
.
Yang Float Sarsi with Laici kat sebelah ni memang my FEVRET...
Sedap sangat...
Digalakan untuk try jugak...
.
.
Float Sarsi with Laici
.
Air bikarbonat perisa Sarsi
Buah Laici (Blend kasar)
Air Krim Vanila (perisa lain pun layan jer)
.
-Blended sikit buah laici dalam tin. Biar kasar supaya lebih sedap
- Masukan Laici tadi dalam gelas yang berisi Sarsi.
- Masukan 1 scope ice cream
- amek straw, baca doa makan dan hirup... hehehe...

Tuesday, August 25, 2009

Kerabu Sotong & Suhun versi Kak Ijan

Lagi operasi mencilok resepi rakan-rakan blogger... Kali ni mE amek resepi kerabu ni dari Kak Ijan... Jangan marah yer Kak Ijan... hehehe... di bawah ni adalah resepinya..

Kerabu Sotong dan Suhun

Bahan
500 gm sotong sederhana besar
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
3 s/b jus limau nipis
1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan]
1 s/k gula
garam [jika perlu]
2 pokok daun ketumbar [racik kasar]
kite tambah mangga dan carrot cikit

Bahan Tumbuk
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih

Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar
1 batang timun [kecil]
3 tangkai cili merah


Langkah-langkah

- Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
- Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
- Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
- Rasakan masam dan masinnya.
- Hidangkan

Tauhu Kukus Bebola Ayam versi Mat Gebu

mE baru pas ziarah blog Mat Gebu. Jadi terpikat lar ngan resepi ni... Rasenyer nak try esok... Nak wat hari ni xpat, sebab xde tauhu tuh... hehehe... Jadi today just grab the recipe from him 1st... Thank a lot Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA

2 tiub tahu lembut (atau 3 keping tauhu putih biasa)
1 camca besar sos tiram
1/4 camca teh serbuk lada hitam
Beberapa titik minyak bijan

BAHAN-BAHAN "A"

100 g daging ayam kisar (mat guna jenama "ramly")
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1/2 camca teh serbuk ketumbar
1/2 biji bawang besar, dicincang halus
1 pokok daun bawang, hiris halus2
2 camca besar tepung jagung
Sedikit garam
1/2 camca teh serbuk lada sulah

CARA MEMBUATNYA

1- Tauhu dipotong kepada 12 bahagian sama besar (kalau guna tauhu biasa, guna 3 ketul dan potong 4 bahagian bagi setiap 1 keping tauhu). Kemudian korek sedikit bahagian tengah tauhu tadi dengan alat pengorek seperti dalam gambar. Jangan korek dalam sangat, anggaran 1/3 bahagian sahaja, buat hingga siap dan ketepikan (berhati2 semasa mengorek, takut pecah). Sementara itu panaskan kukusan.

2- Satukan semua bahan2 "A" (boleh campur sekali lebihan tauhu yang kita korek tadi) dan kacau hingga sebati, terus mengacau pada satu arah sahaja sehingga mendapat adunan yang pejal. Bahagikan adunan kepada 12 bahagian dan bulat2kan menjadi bebola. Isi dalam setiap tauhu tadi. Kukus atas air mendidih selama 10 - 12 minit.

3- Angkat bekas yang berisi tauhu tadi dan perlahan2 ceduk keluar stok (air) yang terhasil semasa mengukus tadi. Masukkan stok ke dalam periuk kecil dan satukan sos tiram, minyak bijan dan lada hitam serbuk, didihkan dengan api perlahan dan kacau sehingga pekat. Tuang sos tadi atas tauhu kukus berisi bebola ayam sebelum dihidangkan......

Monday, August 24, 2009

Goreng Pisang mE

Waduh2, buruknyer goreng pisang yang mE wat ni..

Baru mE sedar, mE x reti wat goreng pisang...

Oily...!!!!!

Lembik...!!!!!

Pada Kak Ijan, jangan gelak eh tengok goreng pisang ku...

kekeke... (^o*)v

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak

- - - - Ucapan ini mE tujukan pada terutama pada rakan-rakan baik blogger mE- - - -

Afif Sempoi
Kak Ijan
Kak Nowwa
Bro Nizam
Kak Hazila
Kak CT
Kak Seri
Kak Intan
Mama Fami
Cik Juju
Dan x lupe pada sume rakan-rakan yang lain...
Xsebut kat atas bukan tanda x sayang tau...
Selamat berpuasa...
mE nak mintak ampun dari hujung kaki sampai hujung rambut...

Thursday, August 20, 2009

mY Cute Sotong

Comeynyer sutungku ini....


Idea ni mE amek dari Mrs Faiz...


Semalam explore blog dia, tibe2 ternampak Sutung2 yang Comey2 ni...


Siap dia bagi link kat You Tube untuk blaja cara buatnya...


So malam tadi mE try buat....


Walaupun untuk makan sorang, tapi mE tetap bersemangat...


Semua kerana M.A.K.A.N hehehe...




Kat sebelah kiri ni hasil kerja mE... Comotnyer... huhuhu... Kat sebelah kanan ni hasil kerja Mrs Faiz... Comel kan... Compare lar... Nanti mesti mE akan dapat wat secomel Mrs Faiz buat...
Chaiyokkk...!!!!


Wednesday, August 19, 2009

Sambal Ikan Bilis Getuk

Tadi g jenguk kat Blog Resepi, terjumpe lak resepi ni... Ikan Bilis Getuk ni memang sedap kalau makan ngan bubur... Macam serunding lar jugak... kat bawah ni adalah resepinya... Selamat mencuba...
Resipi Sambal Ikan Bilis Getuk Mrs Faiz

- ikan bilis
- cili padi ~ belah dua
- belacan ~ nak sedap bakar dulu
- sedikit gula ~ jika suka

- Goreng ikan bilis hingga hampir garing, masukkan cili padi yg dah dibelah atau di potong dua.
Ni nak mengelakkan cili tu dr meletup.
- Goreng hingga cili layu dan ikan bilis td garing. Angkat dan toskan.
- Tumbuk semua bahan termasuk belacan dan gula.
- Letak gula ni bukan apa, nak kasi balance sket rasa masin dr ikan bilis dan belacan.

Siap!! boleh la dihidangkan dgn bubur nasi atau nak makan dgn nasi pon sodap!

Lunch di Pinggir Batu Gajah

Kalau dah buntu sangat xtau nak makan kat mana mase lunch nanti, korang semo leh lar singgah kat Kadai Makan ni... Xde nama lar... tapi kedai ni memang harmoni... Bawah pokok gitu...

Bile makan pun dialun oleh angin yang sepoi-sepoi bahasa di tambah ngan serbuk2 daun ngan bunga yang masuk dalam nasi kita... kekeke...

Actually, mE pernah makan sekali jer kat sini... mE tengok walaupun kedai ni terceruk jer kat bawah poko, tapi orang yang datang memang ramai... Hati pun tertarik lar dan nak merasa...

So far rasenya sedap... Tapi kena datang awal (means jgn datang kul1) sebab lauk cepat abes...

Jadi pada sape2 yang nak cari kedai makan, leh datang sini... Terutama bagi staff UTP yang sentiasa hunter tempat makan yang sedap tapi murah... hehehe..

Gerai Bawah Pokok
Batu Gajah
(Berhampiran dengan jalan beso yang baru tu)

Wednesday, August 12, 2009

Laksamana Cheng Ho

Ini bukan restoran milik Penyanyi Amy Search tu... Ni yang lain... Name jer yang same... mE mule2 pun ingat camtu... Sampai lar masa baca paper sekali sal restoran Amy Search punye... dia kate dia xde francais lagi... Takat kat area KL jer ade.. huhuhu... So ini kedai lain lar...

Senang nak tau kedai ni... Kaler Merah menyala... Tapi ni yang main... Berhampiran sini juga ada cawangan dia yang lain... Corner Lot kat Kawasan Perdagangan Greentown.. Yang tu mE xtau alamat lar... Hehehe...
Tapi tema tetap sama... Makanan yang bertemakan Chinese Cruisen... Walaupun macam tu menu2 cam Malay Food, Western Food ade jer...

[Nasi Goreng Laksamana Cheng Ho ]

[ Spageti Seafood ]

[ Spageti Bolognise... Recomended ]
[ Mee Wantan... Sure kenyang ]
Kat sini Dim Sum pun ade... For all muslim, jangan risau lar nak makan makanan cina sebab semuanya halal... And bukan halal saja, tapi SEDAPPPPP..... Nanti nak try amek buffet buka puasa kat sini...

Restoran Laksamana Cheng Ho
137, Jalan Sultan Abdul Jalil,
Grentown, ipoh

mE bagi
untuk Muhammmad Laksamana Cheng Ho

Monday, August 3, 2009

MC today...

I got MC today... 3 day MC... As usual, Doctor riso tentang H1N1 ni, sape2 yang sakit sikit pun sure dapat MC...
.
So starting from today till 5th i will stay at home... Macam Quarantine kan diri...
.
Nak lik umah Mak pun malas... Sekarang x sehat, baik jangan jumpa banyak2 orang...
See u after i'm getting well... Peace... (~o~)v uhhh..uhhh...uhhh...
Related Posts with Thumbnails